Tuesday, July 13, 2010

Renungan 1
Yakinlah setiap ujian yang Allah berikan itu adalah supaya kita tidak lupa dan banyak mengingati Nya. Oleh itu perbanyakkanlah istighafar dan zikrullah, mudah-mudahan kita tergolong dari golongan orang-orang yang bertakwa.


Renungan 2
Teman, yakinlah bahawa jalan ke Syurga penuh onak dan duri, tak semudah yang dimimpikan. korbankan apa yang disayangi, demi mencari redha Illahi, kerana sabar luas ertinya, tak sesingkat embun pagi disinari mentari terus menyepi.


Renungan 3
Ketenangan itu milik hati-hati orang yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan. Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati Allah s.w.t. Bertuahlah apabila iman diuji kerana sabar dan tabah mengahadapinya, pasti ada kemenangan yang menanti..


Renungan 4
Pesan pada diri, tabahkan hati dan kuatkan semangat,
Pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah,
Pesan pada naluri, jangan mengeluh dan kecewa, kerana nikmat Islam begitu indah dan selamat. Semoga kita semua selamat.


Renungan 5
Tanda-tanda anak yang soleh dan solehah ialah apabila dia ingat kepada ibubapanya yang telah pergi dia akan sedekahkan "Alfatihah' kepadanya. Persoalannya berapa kali sehari kita terus "call" @ sedekahkan "Alfatihah" kepada mereka? Sedangkan mereka tidak pernah lupa kepada kita walau sesaat pun. Semoga Allah golongkan kita dikalangan anak-anak yang soleh dan solehah...aaamin..


Renungan 6
Setiap hari manusia selalu memikirkan untuk memperbaiki dan memperbesarkan rumahnya, tapi pernahkah kita memikirkan untuk memperbaiki dan memperbanyakkan amalan kita untuk dibawa ke akhirat...


Renungan 7
Bila kekuatan yang dipohon, Allah beri rintangan untuk dihadapi,
Bila kebijaksanaan yang dipohon , Allah beri masalah untuk diselesaikan,
Bila kasih Allah yang dipohon, Allah beri sakit yang boleh diubati,
Bila pertolongan Allah yang dipohon, Allah beri peluang untuk berubah dan bertaubat,
Allah akan terima. Ya Allah suburkan hati dengan rasa syukur
dan kasih terhadap Mu.

No comments:

Post a Comment